News From Utusan
Pemberian biasiswa kepada pelajar Melayu termaktub dalam perlembagaan 17/05/2008 6:17pm KUALA LUMPUR 17 Mei — Pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang diiktiraf, berhak mendapat biasiswa seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB) Tan Sri Hanafiah Ahmad. Beliau berkata pemberian biasiswa pelajaran adalah antara hak keistimewaan bagi orang Melayu. Pemberian pinjaman di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada pemberian biasiswa, katanya semasa berucap pada majlis konvokesyen ke-6 IPB di sini hari ini. “Pinjaman PTPTN adalah untuk kemudahan semua rakyat Malaysia. Jika pinjaman ini menggantikan pemberian biasiswa untuk pelajar Melayu Bumiputera, maka hak keistimewaan orang Melayu telah diketepikan. “Sekiranya ada pelajar Melayu bumiputera yang berjaya ke universiti tetapi tidak memperolehi biasiswa, bermakna perkara...