Posts

Showing posts from June 11, 2009

Bad Communist!

Wanita hilang 25 ahli keluarga angkara kekejaman komunis KANGAR: "Berderau darah makcik apabila mendengar usaha membawa Chin Peng pulang selepas mengenang 25 ahli keluarga, termasuk abang kandung sendiri terbunuh dan hilang disebabkan kekejaman komunis," kata pesara guru, Izon Kamaluddin, 72, semalam. Katanya, beliau sudah berjanji dengan arwah ibu, Che Pah Md Bidin dan kakak mahu melupakan peristiwa 63 tahun lalu di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak serta reda dengan kehilangan dan kematian ramai anggota keluarga. "Saya tidak pernah bercerita mengenai kekejaman komunis atau dikenali Bintang Tiga kepada sesiapa pun, termasuk kepada suami, Ahmad Ismail, selepas berpindah dari Parit kerana sayu mengenangkannya. "Tetapi apabila mendengar berita Chin Peng, pemimpin kanan Parti Komunis Malaya (PKM) ingin dibawa pulang ke Malaysia.. ingatan makcik kembali segar mengenang peristiwa di Kampung Layang-Layang Kiri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Padang Pa