Bad Communist!

Wanita hilang 25 ahli keluarga angkara kekejaman komunis
KANGAR: "Berderau darah makcik apabila mendengar usaha membawa Chin Peng pulang selepas mengenang 25 ahli keluarga, termasuk abang kandung sendiri terbunuh dan hilang disebabkan kekejaman komunis," kata pesara guru, Izon Kamaluddin, 72, semalam. Katanya, beliau sudah berjanji dengan arwah ibu, Che Pah Md Bidin dan kakak mahu melupakan peristiwa 63 tahun lalu di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak serta reda dengan kehilangan dan kematian ramai anggota keluarga.
"Saya tidak pernah bercerita mengenai kekejaman komunis atau dikenali Bintang Tiga kepada sesiapa pun, termasuk kepada suami, Ahmad Ismail, selepas berpindah dari Parit kerana sayu mengenangkannya. "Tetapi apabila mendengar berita Chin Peng, pemimpin kanan Parti Komunis Malaya (PKM) ingin dibawa pulang ke Malaysia.. ingatan makcik kembali segar mengenang peristiwa di Kampung Layang-Layang Kiri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Padang Pauh, dekat sini, semalam. Izon berkata, seramai 14 orang anggota keluarganya, termasuk dua sepupu, Mohd Sharif dan Mohd Sidik serta dua bapa saudara dibunuh pasukan Bintang Tiga yang ketika itu sedang giat merekrut penduduk kampung.
Katanya, seramai 11 lagi hilang, termasuk abangnya, Abdul Rahman yang ketika itu berusia 21 tahun dan baru bertunang. Abdul Rahman sehingga sekarang tidak diketahui hidup atau mati. Mayat kesemua 14 anggota keluarganya yang diculik itu ditemui di dalam sungai Perak berhampiran Kampung Layang-Layang Kiri dan mereka dibunuh kerana tidak mahu bekerjasama dengan komunis. "Ingatan makcik masih jelas peristiwa petang Jumaat pada 1946 ketika berusia sembilan tahun, sekumpulan ahli Bintang Tiga datang ke rumah menculik Abdul Rahman dan arwah bapa, Kamaluddin Noh, bagaimanapun bapa melepaskan diri," katanya. Beliau yang masih bergiat aktif dalam Perkim Perlis berkata, setiap hari ada mayat penduduk kampung ditemui hanyut di Sungai Perak berikutan kekejaman komunis.
This is a very sad news that I read from the paper. I know that the communist were really devilish in Malaya at that time. It made my tears dropped of my bony cheeks. It was a disaster to loose 25 family members just like that in the hand of those communist murderers. I despised them all. Cursed be on them.

Comments

  1. that just one of the bad things bout communist .. have u read communist my side of story.. sych as shamsiah fakeh and chinpeng.. lets read story from their side ...

    ReplyDelete
  2. oo lupe lk ni aku yg komen.... padil hoho

    ReplyDelete
  3. whatever la.. malas la nk layan... malas aku.. tak larat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

A new teacher experience a new life!

Reminiscence

GLAD it's ALMOST OVER!