Posts

Showing posts from June, 2010

Kereta : Penjimatan Petrol

Seringkali kita perkatakan tentang penggunaan minyak kenderaan kita yang semakin mahal. Bukan sahaja didebabkan oleh kenaikan harga bahan api di Malaysia bahkan di dunia ini sendiri. Secara umumnya, bahan api memang sangat banyak tetapi propaganda yang dibuat-buat oleh orang barat terutamanya syarikat pencarigali minyak seperti BP, Shell, Petronas dan lain-lain. Jadi, ikutilah tip-tip dari saya ini untuk membantu anda sendiri menjimatkan minyak kereta anda selain dapat menambah duit dalam akaun bank anda. :) 1. Kurangkan tekan minyak Jika anda jenis suka tekan minyak, cuba kurangkan tekan minyak anda. Sekiranya anda menggunakan kereta jenis automatik, jangan terus tekan minyak secara melulu untuk mendapatkan kelajuan dengan pantas. Tekan perlahan-lahan dan anda akan dapat rasakan yang kereta anda menukar gear secara perlahan-lahan. Ini dapat membantu menjimatkan petrol anda. Selain dari itu, tahukah anda bahawa penggunaan minyak anda boleh diturunkan sebanyak 15 peratus (%) sekiranya a